Istilah Fesyen

A

Akrilik
Fabrik akrilik adalah fabrik polymer sintetik buatan manusia. Fabrik akrilik adalah ringan, lembut dan tidak mudah berkedut. Akrilik sering digunakan sebagai ganti untuk bulu wool di dalam jaket, jumper, top dan skaf dsb. Namun begitu ianya tidak sepanas.

Androgynous
Androgeny merujuk kepada rupa yang tidak dapat ditentukan jantina seseorang pemakai itu. Kebiasaannya rupa ini memaparkan pakaian dan ciri-ciri gaya yang biasanya dikaitkan dengan jantina yang berlawanan dengan si pemakai. Contohnya wanita memakai tali leher, brogue dan kemeja dres yang terlebih besar.

Anorak
Anorak adalah jaket sukan berhud yang direka khusus untuk keadaan iklim yang ekstrem (spt berangin, salji dsb.) Anorak juga dikenali sebagai Parka, Windbreaker atau Windcheater.

Argyle
Diperolehi dari tartan yang dimiliki oleh puak Scotland Barat. Argyle adalah satu corak yang dikait atau ditenun dibuat daripada bentuk berlian dalam dua atau lebih warna di atas latarbelakang yang solid.



B

Baby Doll
Dipopularkan oleh Carroll Baker dalam filem 1956 dari nama yang sama - Dres Baby Doll adalah dres pendek kebiasaannya dipakai sebagai baju tidur dan telah berkembang menjadi pakaian harian. Biasanya dibuat daripada fabrik chiffon yang ringan dan dihiasi dengan renda, riben dan ikatan kupu-kupu. Gaya Baby Doll terdiri daripada garis leher empire dan skirt mikro.

Bandeau
Sekeping fabrik yang sempit dipakai sekeliling dada tanpa tali bahu dan adalah alternatif kepada coli.

Beg
Beg datang dalam pelbagai bentuk dan saiz. Dibuat daripada kulit, plastik atau fabrik; beg boleh disangkut di bahu, bersilang di badan, di belakang badan atau dipegang di tangan. Namun begitu kebanyakan beg praktikal telahpun berubah menjadi kenyataan fesyen dengan sendirinya - berubah menjadi klac, tote, satchel, backpack, dompet, beg bahu, beg penghantar surat dan banyak lagi. Beg-beg pereka adalah barangan pereka yang mudah didapati.

Bentuk A
Bentuk bayangan dres atau skirt yang tirus di atas, kembang secara lembutnya ke bawah membentuk bayangan 'A'. Sesuai di atas kebanyakan bentuk badan terutama yang berbentuk pir.

Beret
Berkait rapat dengan budaya Perancis, beret adalah topi yang lembut, bulat dan secara tradisinya dibuat daripada fabrik felt atau bulu biri-biri yang dikait.

Bias
Potongan pepenjuru dibuat melawan ira fabrik. Pakaian yang dipotong bias mempunyai pergerakan yang beralun dan jatuh mengikut potongan bentuk badan.

Blaus
Pakaian wanita.

Blazer
Jaket dengan lengan panjang dan kelapak. Blazer boleh dipakai secara formal atau kasual.

Bootleg
Satu gaya jeans atau seluar panjang yang tirus di lutut dan kembang sedikit di pergelangan kaki. Dipakai oleh kedua-dua lelaki dan perempuan.

Boucle
Fabrik yang ditenun atau dikait dengan tekstur yang bergelung, dipopularkan oleh rumah fesyen Chanel.

Brogue
Kasut bertumit rata, kulit, bertali dengan corak berlubang.

Brokad
Berasal dari zaman abad ke 17, Brokad dalam Bahasa Itali bermaksud kain yang dijahit timbul. Fabrik yang kaya dengan hiasan dengan rekaan yang berlebihan - seringkali boleh dipakai berbalik dan memaparkan motif seperti bunga, dedaun dan scrollwork. Dibuat dengan jacquard loom.

But Chelsea
But sarung masuk tinggi pergelangan kaki dengan panel tepi berelastik.



C



Cemis
Dres berpotongan longgar yang tergantung lurus dari bahu tanpa potongan pinggang.

Cerminmata gelap Aviator
Gaya cerminmata gelap yang terlebih besar, dipopularkan oleh juruterbang.



D



Distressed
Kain yang telah dibuat untuk kelihatan lama atau lusuh. Biasanya digunakan ke atas denim.

Dres Koktail
Gaya dres petang yang lebih pendek dipakai ke majlis-majlis formal, separa formal dan koktel. Dres koktel ini biasanya jatuh ke pertengahan peha atau ke lutut.

Dres Kolum
Dres panjang, lurus yang tidak mempunyai bentuk.



E



Epaulettes
Jalur perhiasan fabrik pada bahu. Secara tradisinya digunakan pada pakaian seragam militari sebagai alat untuk memegang tali bahu dan melindungi bahu semasa perang.



F



Fabrik
Sebarang bahan yang dibuat melalui tenunan, kaitan, kroset atau benang atau yarn terikat dan menjadi tekstil.

Fashionista
Terma yang digunakan untuk menggambarkan seseorang yang mengikuti perkembangan fesyen ataupun terlibat dalam industri fesyen.



G



Garis Empayar
Dres berpotongan rendah di dada dengan garis pinggang yang tinggi dan badan yang pendek.



H



Hiasan
Perhiasan yang berlebihan yang menambahkan kecantikan atau keanggunan.

Hiasan Pelengkap
Barangan luaran termasuk barang kemas, topi, beg dll



J



Jaket Aviator
Jaket kulit yang kebiasaannya mempunyai kolar kulit biri-biri. Digayakan seperti jaket kulit yang dipakai oleh juruterbang pejuang dalam Perang Dunia Pertama dan Kedua.

Jalur Breton
Jalur Breton terdiri daripada satu jaluran mendatar yang nipis berwarna biru di atas latar belakang putih. Dipopularkan oleh Coco Chanel sekitar 1930an dan adalah berdasarkan kepada baju kelasi Perancis yang tradisional.



K



Kait Awan Kabel
Dikait dengan cara gelung jalur timbul menyerupai pintalan kabel. Gaya popular dalam mengait baju panas.

Kardigan
Pakaian berkait, berbulu biri menyerupai jaket dengan penutup butang atau zip di hadapan. Dipakai oleh lelaki dan wanita dan dinamakan selepas James Thomas Brudenell, 7th Earl of Cardigan.

Kaul
Fabrik lembut yang jatuh, dipotong sebegitu supaya fabrik tersebut akan tergantung dalam lipatan yang lembut. Biasanya dijumpai pada garis leher dan belakang.

Kocek Belo
Poket gusset besar yang kebiasaannya ada pada jaket, seluar panjang dan skirt. Selalunya kelihatan pada pakaian yang berinspirasikan safari.

Kolar Askot
Kebiasaannya dipakai bersama kravat. Kolar Askot adalah kolar tinggi dengan pepenjuru yang naik ke atas di dagu.

Kolar Bertha
Kolar leper dan dalam yang jatuh dari garis leher ke pembukaan bahu di hadapan dan belakang.

Kot
Pakaian luar yang dipakai atas baju bagi memberi perlindungan daripada elemen. Kot datang dalam pelbagai ukuran panjang dan gaya. Antara kot-kot yang popular adalah seperti Kot Duffel, Kot Trench dan Kot Great.

Kot Dufel
Kot kain berbulu biri yang berat dinamakan selepas satu bandar di Belgium. Secara tradisinya ianya mempunyai butang kayu ruas.

Kroset
Teknik kaitan perhiasan yang direka melalui gelungan dan simpulan fiber dengan jarum yang khas.



L



Lengan Dolman
Serupa seperti lengan kelawar, lengan dolman mempunyai lubang tangan yang besar lanjutan dari bahagian badan dan sempit di kaf.

Lengan GentaBias
Lengan Genta adalah lengan biasa yang kembang ke luar daripada siku atau lengan atas untuk menghasilkan bentuk loceng.

Lengan Kelawar
Popular pada zaman 1930an dan 1980an. Lengan kelawar ini direka daripada satu keping fabrik besar berbentuk segitiga yang menyambung bahu ke pergelangan tangan dan pergelangan tangan ke pinggang.

Lengan Kep
Lengan kecil (lebih pendek dari lengan biasa) yang duduk di atas bahu.

Lengan bisyop
Lengan panjang yang penuh dan dipegang oleh kaf pada pergelangan tangan.

Lisu
Jahitan dalam lipatan direka untuk memberi bentuk kepada pakaian terutama di sekitar dada, pinggang dan punggung.



M



Mantel
Pakaian luaran tanpa lengan yang bergantung dari bahu.



P



Pakaian
Terma biasa yang digunakan untuk menggambarkan pakaian.

Pakaian aktif
Pakaian aktif merujuk kepada apa sahaja jenis pakaian yang direka untuk dipakai sewaktu menjalani sukan yang aktif seperti seluar yoga, seluar trek, seluar mandi, seluar pendek rugby dsb.

Pakaian petang
Pakaian yang sesuai untuk majlis formal.



R



Rantai leher Bib
Rantai leher yang memaparkan bahagian hadapan yang besar yang sering dihiasi, disulami atau dimanikkan.

Ruang Kaki yang Lebih Luas
Satu gaya seluar yang direka dengan potongan yang lebih luas di kawasan punggung, peha, lutut dan hem bagi membantu mengimbangi punggung yang lebar.



S



Seluar Capri
Seluar langsing wanita yang jatuh bawah lutut. Seluar capri yang pertama direka oleh Emilio Pucci pada 1949 dan dijual di butiknya di Pulau Capri.

Seluar Cargo
Seluar Cago atau seluar pendek merujuk kepada seluar dengan lebihan poket yang direka untuk membawa barangan dsb.

Seluar Cigarette
Seluar panjang sempit berpotongan ketat yang tirus ke pergelangan kaki.

Seluar Pendek Bermuda
Juga dikenali sebagai seluar pendek untuk berjalan atau seluar pendek dres. Seluar pendek Bermuda adalah seluar paras lutut yang separa kasual. Seluar pendek Bermuda boleh dipakai dengan kaf atau tanpa kaf. Namanya berasal dari negara Bermuda - di mana ahli perniagaan dan anggota militari bebas menggayakan seluar pendek ini disebabkan oleh iklim mereka yang panas.

Seragam
Pakaian kombat militari.

Simetri
Rekaan simetri adalah pakaian di mana satu bahagian adalah lebih panjang dari yang satu lagi. Potongan simetri adalah biasa pada garis leher, kolar dan hem.

Skaf Bandana
Sekeping kain yang dipakai secara ikatan pada kepala atau leher.

Sulaman
Cara menghias fabrik dengan rekaan jahitan menggunakan benang atau yarn berwarna.

Seluar Cigarette




T



Tali pinggang
Satu strip bahan fleksibel yang dibuat daripada pelbagai bahan seperti kulit, kain, fabrik tenunan atau rantai. Secara tradisi ianya dipakai keliling pinggang untuk memberi sokongan kepada seluar panjang - tali pinggang kini telah berkembang menjadi hiasan yang bergaya seringkali dipakai keliling pinggang atau di bawah dada.

Tampal hias
Tampal hias adalah satu cara menghias pakaian di mana satu fabrik disatukan dengan fabrik yang lain, biasanya dengan corak berbunga dan daun tetapi boleh dari apa-apa rekaan serta dijahit sekeliling hujungnya.

Tampalan Siku
Tampalan fabrik, biasanya kulit atau sued, dipakai pada siku untuk memberi kekuatan.

Trend
Fesyen yang menjadi popular dalam sesuatu budaya atau sub-budaya agak cepat, kekal popular, biasanya untuk masa yang singkat lalu popularitinya hilang secara dramatik.